Thursday, May 3, 2012

1.      Kelebihan Air Nano Hidrogen M6

·         Badan manusia terdiri daripada 6 trillion sel, dan semua sel ini bergantung kepada bahan galian, air dan oksigen yang dibekalkan untuk menjalankan metabolisme.

·         Tetapi terdapat 2-3% oksigen yang tidak terpakai dan menjadi ‘oksigen aktif’ yang mengancam.  Akibat ketidak-stabilan elektron ‘aktif oksigen’ ini, ia mula bertindak sebagai radikal bebas dalam badan dan menyebabkan penuaan dan kematian sel-sel badan melalui proses yang berantai.


·          Jika radikal bebas ini tidak dineutralkan, fungsi organ-organ utama akan merosot dan penyakit-penyakit kronik serta masalah kesihatan akan timbul.
                                                    

·         Di dalam Air Nano Hidrogen M6, kandungan hidrogen aktif adalah tinggi (1 atom hidrogen yang membawa 1 elektron (caj negative) sahaja)

·          Oleh sebab hidrogen aktif adalah elemen paling kecil di dunia ini, ia boleh meresap ke dalam semua sel badan manusia, menjadikan ia dinding pertahanan yang kuat.


·         Apabila ‘oksigen aktif’ mengancam sel-sel badan manusia, hidrogen aktif akan menangkap oksigen-oksigen aktif dan meneutralkan menjadikan molekul air, kemudian dikeluarkan melalui sistem perkumuhan. Dengan demikian, sel-sel badan dicegah daripada pengoksidaan atau penuaan.
  
·         Pengambilan Air Nano Hidrogen M6 akan meningkatkan sistem imunisasi, menyembuhkan penyakit tanpa menggunakan ubat-ubatan.

·          Kerap minum air nano hidrogen M6 bukan sahaja boleh menolong menyahtoksik tetapi juga menjadikan umur lebih muda 5 hingga 10 tahun.














Wednesday, September 14, 2011

Dapatlah Sekarang!! Mesin Sedut Duit Syiling



Berminat???
Kaki lima boleh untung wang
24 Jam bole untung
Tidur pun bole untung

Melebihi 200,000 Pelanggan kita minum AirPower Nano Hydrogen tiap-tiap hari.

M6 'Build Home Together'

Sila Hubungi:

Mohd Zaki
016-3175345
M6 Consultant

Wednesday, March 30, 2011

Ringgit Cost Averaging - Conceptual Trading

…they should buy over time. They are not going to be able to pick the right price at the right time.” - Warren Buffet, the greatest stock investor of all time


Dear valued investors.

In view of the current volatilities in the stock markets, many investors are unsure how to proceed with their investment plans to achieve their medium-to-long term goals. Public Mutual is pleased to offer u a Ringgit-Cost-Averaging plan to accumulate your investments to achieve a lower average cost for better medium-to-long term returns.

Ringgit-cost-averaging is a systematic savings & investment plan of investing a fixed amount of Ringgit into an investment whose prices vary from time to time. The result of this disciplined approach is a lower average cost in the long run resulting in a bigger gain when prices go up.

Investors will not have to worry about the prices dropping or fluctuating as lower prices mean they get more units. This plan takes the emotions out of investing & has been proven to give good returns in the long run. Unit trust investments work best with regular investing thru the above Ringgit-cost-averaging method together with a medium-to-long term investment time horizon.


To illustrate this principle:

If u bought RM10,000 of an investment at RM1.00, u would receive 10,000 units & your average cost would be RM1.00.

If the price of that investment were to drop to RM0.50, buying another RM10,000 would average down your cost to RM0.6667 & NOT RM0.7500:

RM10,000 @ RM1.0000 = 10,000 units
RM10,000 @ RM0.5000 = 20,000 units
Total RM20,000 = 30,000 units

Average cost = RM20,000/30,000 units = RM0.6667 per unit

When the price goes up to RM0.7500, u would have made a profit

Risiko, Ganjaran

Risiko, Ganjaran dan Anda Sebagai Pelabur
Berapa Banyak Risiko Yang Boleh Diambil?

Ada satu prinsip asas yang perlu anda ingat sebelum melaksanakan pelan kewangan. Prinsip itu ialah: lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi risikonya.

Ini merupakan prinsip penting pelaburan, keseimbangan antara risiko dan ganjaran berkait langsung dengan setiap keputusan

pelaburan yang dibuat. Apabila membeli atau menjual sesuatu produk pelaburan, anda sentiasa menghadapi risiko kerugian. Cuma, tahap risiko itu berbeza-beza antara satu produk dengan produk yang lain.

Amnya, produk yang menjanjikan pulangan paling banyak (seperti niaga hadapan, opsyen dan saham yang harga meningkat dengan cepat) merupakan pelaburan yang paling berisiko - jadi, makin banyak risiko yang anda ambil dengan pelaburan-pelaburan jenis ini, semakin besar kemungkinannya ganjaran yang bakal diterima juga besar. Tetapi, kemungkinan besar pula anda boleh hilang wang pelaburan anda. Begitulah sebaliknya dengan produk kewangan yang dianggap "selamat" seperti simpanan di bank dan bon yang memberi pulangan kecil dan mantap. Kemungkinan wang anda hangus kecil sekali kerana pelaburan seperti ini mempunyai risiko rendah. Tetapi pulangannya juga rendah. Inilah yang dimaksudkan dengan perseimbangan antara risiko dan ganjaran.

Sebenarnya risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada diri kita sendiri. Dalam lain perkatan berapa banyak risiko yang anda sanggup terima. Risiko bermakna, mengambil sesuatu langkah yang tidak pasti iaitu tiada jaminan hasil langkah yang diambil itu akan memihak kepada anda. Ketahanan menghadapi risiko diukur melalui penerimaan anda terhadap hasil daripada sesuatu pelaburan. Sama ada anda boleh mengambil risiko dan sampai ke tahap mana ketahanan anda, bergantung kepada kedudukan kewangan anda (ini merangkumi nilai bersih, pendapatan dan jangkaan hasil pendapatan pada masa hadapan), personaliti dan matlamat kewangan anda.

Hampir semua buku yang mengajar kita mengenai pelaburan pasti memasukkan kuiz profil risiko pelabur untuk membantu kita memastikan daya ketahanan terhadap risiko. Jawab ujian ini dan ketahuilah profil pelaburan anda: sama ada konservatif, sederhana atau agresif. Pelabur yang agresif akan mengambil risiko besar untuk mendapat keuntungan besar. Pelabur konservatif akan mencari pelaburan selamat dan berpuas hati dengan pelaburan yang membawa pendapatan mantap. Pelabur sederhana pula berada di tengah-tengah: dia mengambil sikap berhati-hati tetapi bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik.

Nak tahu ketahanan anda menghadapi risiko, tanya diri sendiri fasal tidur. Bolehkah anda melaburkan semua wang dalam sesuatu aset dan tetap dapat tidur nyenyak? Jika tak boleh, bermakna pelaburan bukan untuk anda.


Memahami Risiko Pelaburan

Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?

Salah satu bentuk risiko dinamakan 'risiko asas' yang meliputi semua jenis pelaburan. Risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan dan dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukan syarikat dalam arus persaingan pasaran.

Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio anda ialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelas aset yang sama.

Yang kedua ialah risiko pasaran, juga dikenali sebagai risiko teknikal. Risiko ini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi seperti kitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu tempoh tertentu ekonomi, pasaran hartanah mungkin mempunyai prestasi lebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran, bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikan pelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaan ekonomi negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.

Risiko kadar faedah juga risiko yang perlu dihadapi. Biasanya ramai mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaran bon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lainfaktor langsung. Yang perlu diingatkesan gerakankadar faedah mempunyai kesan terbalik bukan macam bon.

Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini ialah risiko kuasa belian. Jadi, anda harus mencari saham, hartanah dan pelaburan yang akan mengatasi kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Jangan lupa juga untuk memasukkan faktor inflasi ketika mengira andaian pulangan daripada pelaburan anda. Ini cara yang betul untuk mendapatkan gambaran sebenar keuntungan yang diperoleh.

Akhirnya, risiko kecairan. Ini merupakan jawapan kepada soalan, berapa cepat saya boleh menukar aset pelaburan kepada nilai penuh wang tunai? Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakala pelaburan hartanah pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepas menjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja untuk mendapat wang anda.


Anda Jenis Pelabur Yang Mana?

Di sini ada beberapa contoh profil risiko pelabur dan pelaburan tipikal yang dipadankan dengan personaliti dan objektif mereka.


Profil Pelabur
Pelaburan Tipikal

Terlalu konservatif
Sekuriti kerajaan, sekuriti yang disokong oleh bank
Sekuriti pemegang amanah

Konservatif
Julat lebih luas bagi pelaburan yang memberi pulangan sahaja, debentur, bon korporat, produk insurans tertentu

Julat pertengahan
Harta (umpamanya rumah) yang belum siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan dengan pelaburan (dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

Usahawan
Harta yang sudah siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan dengan pelaburan (Dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

Spekulasi
Dagangan opsyen, niaga hadapan, barangan eksotik dan himpunan barang-barang berharga

Nota: Jadual di atas hanya sebagai petunjuk. Untuk lebih tepat, ciri-ciri dan faktor-faktor lain perlu diambil kira. Juga, ada pertindihan dalam pengkelasan jenis pelabur. Justeru, ada pelabur mungkin tidak bersetuju dengan ciri-ciri pelaburan yang dipadankan dengan profil risiko.




Pempelbagaian - Lebih Selamat Jika Diperlbagaikan

Satu cara yang selalu disebut ketika bercakap mengenai bagaimana mengelakkan daripada menghadapi banyak risiko dalam pelaburan ialah pempelbagaian.

Pempelbagaian bermakna "mengembangkan pelaburan kepada beberapa cabang", iaitu tidak meletakkan wang dalam satu pelaburan sahaja, sebaliknya menyertai beberapa pelaburan.

Samalah seperti tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul, kerana jika bakul terhempas jatuh, kemungkinan semua telur akan pecah. Begitu juga, jika anda melaburkan semua wang dalam saham satu syarikat, jika nilai saham itu menjunam jatuh, anda mungkin kehilangan wang yang dilaburkan.

Sesuatu portfolio pelaburan yang dipelbagaikan mempunyai beberapa cabang pelaburan. Setiap cabang boleh pula disamakan dengan satu kumpulan aset (seperti saham atau bon atau niaga hadapan). Langkah selanjutnya ialah mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset tersebut. Misalnya jika membeli saham belilah daripada berbagai-bagai sektor; atau jika membeli unit amanah, belilah lebih daripada satu jenis (umpamanya dana pendapatan, dana pertumbuhan, dana bon dan lain-lain).

Strategi yang baik ialah menggabungkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan yang berisiko rendah dan meletakkan pelaburan itu dalam setiap cabang pelaburan dan kumpulan aset. Mengapa buat demikian? Supaya anda mempunyai peluang lebih baik untuk berjaya dalam sesuatu kelas aset dan di kalangan kumpulan sesuatu aset. Bayangkan bagaimana jika semua wang simpanan anda terikat dalam pasaran saham sedangkan anda dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang tunai dengan cepat. Sudah tentu anda menghadapi masalah mudahtunai sekiranya pada waktu itu pasaran saham pula terus menjunam. Keadaan ini terjadi akibat tidak mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kumpulan aset. Atau anda mungkin meletakkan semua wang dalam saham hartanah, kemudian mendapati perniagaan hartanah menjunam jatuh sedangkan saham sektor lain pula melonjak naik. Ini ialah contoh tidak mempelbagaikan pelaburan dalam sesuatu kelas aset.

Tetapi, melalui pempelbagaian, jika satu daripada aset anda menjunam teruk, anda mempunyai banyak pilihan lain sebagai sandaran. Jika anda membuat mempelbagaikan pelaburan secara bijak, kerugian yang ditanggung dalam sesuatu pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan lain yang berprestasi baik. Risiko pelaburan anda juga dapat dikurangkan manakala kadar purata pulangan dapat dimaksimumkan.

Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan. Memang betul tidak wajar jika anda melaburkan semua wang dalam satu tempat, tetapi melaburkannya dalam terlalu banyak instrumen kewangan juga tidak bijak kerana sukar untuk mengawasi semua pelaburan serentak. Lagipun, kalau mempelbagaikan pelaburan secara berlebihan, pelaburan anda akan membuat imbangan balas antara satu sama lain (mungkin pelaburan yang mengalami kerugian lebih banyak berbanding pelaburan yang untung dan keuntungan itu terpaksa digunakan untuk menutup kerugian) hingga menyebabkan akhirnya anda tidak mendapat apa-apa daripada pulangan pelaburan anda.





Awasi Pelaburan Anda

Persekitaran yang berubah-ubah

Setelah mula melabur jangan pula mengabaikan pelan pelaburan atau berhenti membuat kajian pasaran. Anda masih perlu terus membaca dokumen kewangan dan laporan syarikat, membuka mata dan telinga seluas-luasnya terhadap berita yang boleh mempengaruhi prestasi pelaburan anda. Pastikan anda sentiasa prihatin dan mengetahui berita terkini mengenai syarikat di mana anda mempunyai. Mengapa anda perlu buat begitu?

Pertama, kita hidup di dunia yang dinamik. Tiada apa dalam persekitaran kita yang statik - dan ini turut menjadi faktor mengapa pelan kewangan anda, walau sebagus mana perancangannya sekali pun dan sebaik mana pelaksanaannya, perlu kepada perubahan. Katakan syarikat yang anda turut menjadi pemegang saham merosot perniagaannya dan menyebabkan pelaburan anda menghadapi risiko. Macam-macam boleh berlaku. Undang-undang dan peraturan boleh berubah, ekonomi tempatan atau ekonomi dunia boleh meleset (ingat lagi kesan peristiwa pengeboman Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 lalu?), keadaan pasaran modal dan kedudukan syarikat-syarikat turut berubah, semua ini boleh memberi kesan kepada pelaburan anda. Akibatnya, pelan dan matlamat kewangan anda mungkin juga berubah dan jika ini berlaku pelaburan anda mungkin perlu juga dirombak semula kerana ia tidak dapat lagi memenuhi matlamat kewangan anda. Dalam lain perkataan, pelabur yang berjaya adalah pelabur yang proaktif.

Mengubahsuai Pelan Anda
Kedua, anda juga patut mengkaji semula portfolio anda kerana kedudukan kewangan anda sendiri mungkin sudah berubah. Kajian semula ini perlu untuk memungkinkan penyusunan semula pelan dan matlamat anda. Katakanlah, anda menerima durian runtuh dan kini mempunyai lebih banyak wang untuk dilaburkan - bolehlah anda mencorak matlamat yang lebih besar. Atau, nilai bersih wang anda mungkin telah meningkat melalui pembelian sesuatu harta, dan kini tabungan anda untuk pelaburan berkurangan dan anda perlu mengubahsuai pelan anda.

Penilaian Prestasi
Ketiga, anda harus mengawasi dan menilai prestasi pelaburan anda secara berterusan untuk mengetahui kedudukannya. Jika pelaburan itu menunjukkan prestasi baik, mungkin anda perlu melaburkan lebih banyak wang, atau mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan dan melaburkannya di tempat lain pula. Jika tidak, anda mungkin perlu memutuskan untuk menjualnya. Berapa kerap kajian semula perlu dibuat bergantung kepada saiz dan jangka masa pelaburan anda serta sama ada anda telah memilih aset yang berisiko tinggi atau rendah.
Ketika mengukur prestasi aset anda, gunakan jumlah angka pulangan, dan bukan angka pulangan pendapatan. Pulangan pendapatan merupakan pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan. Dalam kes saham, pendapatan diperoleh daripada pembayaran dividen; manakala bagi pelaburan hutang seperti bon, pendapatannya adalah dalam bentuk pembayaran faedah.

Jumlah pulangan ialah pengukur prestasi paling tepat kerana ia turut mengambil kira sama ada terdapat untung (atau rugi) dalam nilai pelaburan itu mengikut pergerakan masa. Untuk saham, jumlah pulangan ialah jumlah pendapatan dividen dan untung/rugi modal (perbezaan antara harga jualan dan harga kos). Untuk mendapatkan peratus pulangan, bahagikan jumlah pulangan dengan kos pelaburan dan darab dengan 100.

Mengawasi saham
Anda juga perlu mengawasi syarikat yang sahamnya anda beli, dengan melihat keuntungan, pertumbuhan pendapatan, penggearan dan pembayaran dividen. Baca pengumuman syarikat, surat pekeliling pemegang saham, laporan tahunan dan interim, serta beri tumpukan terhadap tarikh tutup hak, waran, pengambilalihan, perolehan, laporan juruaudit dan kepentingan pengarah. Anda juga patut menghadiri mesyuarat tahunan untuk mengetahui bagaimana syarikat itu diuruskan dan untuk mengukur prospek perniagaannya.

Mengawasi unit amanah
Bagi skim pelaburan secara kolektif seperti unit amanah, anda harus mengawasi pengurus dana daripada segi:
 Prestasi
 Strategi
 Portfolio

Maklumat yang boleh anda minta daripada pengurus dana, adalah:
 Prestasi pasaran pelaburan yang berkenaan
 Tahap kemudahubahan yang berkaitan dengan pulangan
 Kadar inflasi
 Prestasi pengurus dana lain yang seumpamanya
 Strategi yang digunakan dalam tempoh terdekat

Pengurus dana dinilai berdasarkan perkhidmatan yang mereka sediakan, khususnya prestasi dan laporan. Adakah jangkaan anda mengenai pulangan daripada pelaburan anda sudah dipenuhi? Apakah pengurus dana itu melakukan sebagaimana yang anda jangkakan, misalnya membeli saham mengikut strategi yang telah diatur dan mandat yang diberikan?

Anda juga perlu ingat bahawa hasil pelaburan itu bergantung kepada banyak faktor secara rawak dan data prestasi jangka pendek mungkin tidak dapat menilai kemahiran pelaburan pengurus dana secara tepat


10 Tips Melabur dengan Bijak dalam Pasaran Modal

Pasaran Modal Malaysia menawarkan produk pelaburan yang berikut:

 saham (ekuiti)
 bon
 waran, CULS (saham pinjaman)
 dagangan komoditi
 niaga hadapan & indeks opsyen
 unit amanah

selain daripada aset pelaburan bukan modal seperti simpanan bank, hartanah, insurans dan barang koleksi bernilai.


Seorang pelabur bijak akan memilih satu atau lebih daripada aset pelaburan di atas, bukan sahaja berdasarkan matlamat dan jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga bergantung kepada kesanggupan menerima risiko. Semua pelaburan mempunyai risiko; sebahagiannya lebih berisiko berbanding yang lain. Anda perlu memastikan sama ada anda seorang yang sanggup menerima risiko atau sebaliknya supaya anda boleh meneruskan program pelaburan sama ada yang agresif, sederhana atau konservatif. Pendek kata, pilih strategi pelaburan yang sesuai dengan profil anda kerana anda perlu rasa senang dengan pilihan tersebut. Jika anda tidak sanggup menerima risiko, elakkan melabur dalam ekuiti kerana harganya sentiasa turun naik dalam masa yang singkat. Anda boleh melabur seberapa agresif yang anda ingini, asalkan masih boleh tidur nyenyak pada waktu malam.


Bon, komoditi, niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang menarik bagi pelabur institusi dan memerlukan modal yang besar untuk berurus niaga. Sebagai pelabur runcit, anda mungkin lebih selesa melabur dalam ekuiti dan unit amanah. Tetapi yang mana lebih sesuai untuk anda?

Jika anda ada banyak masa untuk membuat penyelidikan tentang saham dan arah aliran pasaran, serta gemar menguji kebolehan sendiri, anda bolehlah melabur terus dalam pasaran saham. Sebaliknya, jika anda tidak mahu menanggung bebanan setiap hari mengendalikan sendiri urusan pelaburan, menyediakan sejumlah wang setiap kali membuat pelaburan dan mengambil langkah untuk mempelbagaikan pelaburan secepat mungkin, anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam unit amanah.




Jangan laburkan wang sebelum anda benar-benar memahami semua maklumat yang berkaitan dengan pelaburan.

Bagi saham, anda perlu membuat pilihan berdasarkan pendekatan fundamental, bukan berdasarkan khabar angin. Bersedia untuk membuat analisis terhadap laporan tahunan syarikat, penyata kewangan dan laporan lain serta mengikuti semua perkembangan pelaburan dalam industri berkenaan, dalam negara, dan di peringkat antarabangsa. Anda mungkin boleh menggabungkan pendekatan analisis fundamental ini dengan pemilihan masa yang tepat dan bijak untuk memasuki pasaran. Berwaspada terhadap apa saja cadangan daripada rakan anda atau khabar angin, terutamanya jika tiada penjelasan munasabah disebalik cadangan itu. Prinsip asas membeli saham ialah caveat emptor: biar pembeli berwaspada.

Bagi unit amanah, anda harus meneliti dana unit amanah dan syarikat pengurusannya sebelum membuat pelaburan. Baca dan fahami prospektus dana, surat ikatan amanah, penyata kewangan, matlamat pelaburan, di mana dan bagaimana wang anda dilaburkan, risiko terbabit dan bayaran yang dikenakan. Buat penyelidikan, kumpulkan maklumat mengenai prestasi dana syarikat itu pada masa lalu dan bandingkan dengan prestasi dana syarikat lain dalam bidang yang sama - anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam dana yang menunjukkan prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan (tetapi melibatkan pengambilan risiko yang tinggi). Tetapi perlu diingat bahawa prestasi dana yang menggalakkan pada masa lalu tidak menjamin prestasi baik pada masa hadapan.




Jangan memulakan sebarang program pelaburan jika anda belum mengumpul wang simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan selama antara enam hingga sembilan bulan. Penampan ini penting supaya program pelaburan tidak terjejas akibat berlakunya keperluan kewangan yang mendesak. Hutang jangka pendek perlu dilangsaikan sebelum menggunakan wang simpanan untuk melabur. Fahami risiko yang lebih besar jika melabur dengan wang pinjaman.



Berfikir secara jangka pendek boleh menjejaskan keberkesanan rancangan jangka panjang. Harus diingat bahawa dalam apa jua pelaburan, akan wujud keadaan tidak menentu yang akan pulih semula dalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, anda perlu bersabar dan memegang pelaburan bagi tempoh lebih lama. Sejarah menunjukkan bahawa pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak ke tahap baru yang lebih tinggi. Tetapi jika anda hendak membuat spekulasi bagi mendapat keuntungan segera, lakukan dengan berhati-hati dan pastikan jumlah wang yang dilaburkan tidak akan membebankan anda sekiranya berlaku kerugian.



Strategi bijak ini menyebabkan turun naik pasaran memberi manfaat kepada anda kerana melaburkan sejumlah tetap wang pada jarak waktu yang tetap bagi tempoh masa tertentu, akan mengurangkan kos purata jangka panjang bagi setiap saham. Ini merupakan cara terbaik untuk melabur dalam ekuiti yang sentiasa turun naik harganya kerana anda dapat membeli lebih banyak unit saham apabila harga turun dan membeli sedikit apabila harga naik. Cara ini juga boleh menggantikan strategi yang boleh membebankan kerana perlu meramalkan masa sesuai untuk melabur dalam pasaran.



Cara terbaik untuk mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar pulangan tinggi ialah mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelbagai jenis produk pelaburan dan kelas aset. Jika anda hanya melabur dalam ekuiti, lebih wajar membuat pelaburan dalam pelbagai syarikat dan sektor. Jika anda melabur dalam unit amanah, pilih beberapa jenis dana jangan terhad pada satu. Kerugian yang dialami oleh beberapa kaunter/dana boleh ditampung oleh keuntungan yang dinikmati di kaunter/dana lain. Cara ini mengelakkan anda daripada terlalu terdedah kepada risiko satu pelaburan sahaja. Kata orang, lebih banyak, lebih selamat. Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan kerana ini boleh mengurangkan prestasi portfolio anda.



Sentiasa mengkaji semula dan mengawasi pelaburan anda untuk memastikan bahawa program pelaburan itu masih bersesuaian dengan matlamat kewangan anda. Pantau prestasi pelaburan anda untuk memastikan sama ada matlamat pulangan yang diharapkan telah dicapai, atau anda mungkin perlu menyusun semula pelaburan sekiranya gabungan pelaburan anda tidak sesuai lagi. Jangan takut menukar sesuatu pelaburan yang terlebih nilai dengan pelaburan baru yang lebih rendah nilainya. Tukar pelaburan untuk menyelamatkan modal anda dalam keadaan pasaran tidak menentu, bukan mengejar pendapatan lumayan yang belum pasti lagi.



Berhati-hati sekiranya ditawarkan keuntungan segera atau pulangan tinggi. Pada bulan Disember 2001, Suruhanjaya Sekuriti telah mengambil tindakan terhadap penipuan firma pasaran komoditi lani yang menipu pelabur beribu-ribu ringgit melalui skim mereka. Ketahui lebih lanjut penipuan tersebut dalam http://www.sc.com.my/html/resources/fr_resource.html.

Lima Mitos Pasaran Saham
Andaian salah paling umum mengenai pasaran saham yang tidak usah anda hiraukan.

1. Pasaran saham ialah kasino!
 Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah.


2. Hanya untuk orang kaya
 Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.

3. Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul”
 Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah satu-satunya masa paling baik untuk melabur. Berbekalkan maklumat yang baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).



4. Mustahil melabur tanpa “maklumat panas”
 Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.


5. Beli saham harga murah ketika pasaran bulis
 Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi pelaburan yang berkesan. Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. Ini kerana harga merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru dengan konsep pelaburan nilai. Ini bukan bermakna membeli saham apa sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata pepatah lama Wall Street,“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh, pasti luka”. Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi yang dinilai rendah oleh pasaran.

Menyimpan Kertas Berkaitan Pelaburan
Bagi sesetengah pelabur, memfailkan penyata yang dihantar oleh syarikat broker saham, Bursa Malaysia Depository, syarikat pengurusan unit amanah, malah syarikat yang mereka membuat pelaburan, merupakan tugas yang membosankan dan tidak ingin dilakukan. Sesetengahnya mengambil jalan cepat dan mudah – buang penyata itu sebaik sahaja menerimanya. Tetapi, penyata yang “tidak berguna” ini sebenarnya adalah dokumen penting. Dipaparkan di sini beberapa sebab mengapa penyata seperti ini perlu diteliti dan difailkan:

 Syarikat yang anda membuat pelaburan mungkin menukar namanya. Ini biasanya terjadi apabila syarikat itu mengalami pengambilalihan atau penggabungan. Syarikat biasanya akan menghantar notis bagi memberitahu anda mengenai perkara itu. Jika anda membuang notis itu tanpa membaca kandungannya, anda mungkin akan terkejut nanti, terutama apabila ingin menjual saham anda. Nama syarikat itu mungkin “hilang” daripada bursa saham kerana kini syarikat itu berdagang menggunakan nama lain

 Syarikat yang anda membuat pelaburan mungkin dikeluarkan daripada bursa atau tidak disenaraikan lagi. Penyahsenaraian bukan bermakna pemegang saham syarikat itu perlu melupakan sahaja pelaburan mereka. Mereka masih lagi pemegang saham tetapi tidak lagi boleh menjual saham mereka melalui bursa. Sebagai pemegang saham, hak mereka masih kekal walau apa pun status penyenaraian syarikat berkenaan. Oleh itu, penting bagi anda menyimpan semua dokumen yang diterima daripada syarikat yang dinyahsenarai untuk mengetahui perkembangan terkini

 Remisier anda mungkin menyalahgunakan akaun anda. Jika perkara ini berlaku, penyata yang difailkan membolehkan anda mengesan maklumat mengenai akaun anda dan, lebih penting lagi, menjadi dokumen sokongan apabila anda mengemukakan aduan terhadap remisier itu kepada pihak berkuasa


Apakah Tempoh Masa Pelaburan Anda?
Adakah anda tahu sama ada anda adalah pelabur jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang? Apakah definisi umum bagi tiga tempoh masa ini? Biasanya, tempoh masa pelaburan merujuk kepada jangka masa sesuatu pelaburan itu dipegang sebelum dijual bagi penukaran tunai (pencairan). Tempoh masa itu mungkin satu minit bagi pedagang harian, atau beberapa dekad bagi pelabur yang membeli saham dan memegangnya. Apakah tempoh masa yang betul? Sebenarnya, tiada jangka masa yang “betul” atau “salah” bagi pelaburan – ia bergantung kepada objektif dan matlamat pelaburan pelabur serta tahap toleransinya terhadap risiko, iaitu berapa banyak risiko yang bersedia diambilnya.

Oleh kerana setiap pelabur boleh mendefinisikan tempoh masa pelaburannya dalam pelbagai cara, mari kita lihat definisi umum mengenai jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi pelaburan.

Tempoh masa
Biasanya, tempoh masa pelaburan boleh diklasifikasikan sebagai–

 jangka masa pendek – satu hingga tiga tahun
 jangka masa sederhana – tiga hingga lima tahun
 jangka masa panjang – lebih daripada lima tahun.


Mengapa anda perlu mengetahuinya?

Mengetahui tempoh masa anda amat penting kerana ini dapat membantu anda dalam perancangan pelaburan, umpamanya memilih produk pelaburan yang sesuai, memantau prestasi pelaburan tersebut dan lebih penting lagi, mengurus risiko pelaburan. Anda juga mampu melabur dengan lebih agresif jika anda mempunyai tempoh masa pelaburan yang panjang. Misalannya, seseorang yang berusia 25 tahun dan baru memulakan kerjaya boleh melabur dalam produk pelaburan yang lebih mudah turun naik atau berisiko memandangkan dia mempunyai jangka masa yang lebih panjang untuk membuat pengubahsuaian yang perlu jika pelaburan itu mengalami kerugian. Tetapi, seseorang yang hampir bersara secara umumnya patut lebih konservatif dan mengambil jalan yang kurang berisiko memandangkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk membuat pengubahsuaian sekiranya pelaburannya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan.

Bagaimanapun, umur tidak harus menjadi satu-satunya faktor dalam menentukan tempoh masa pelaburan anda. Faktor lain seperti toleransi terhadap risiko, objektif pelaburan, jangkaan pulangan dan juga bila anda memerlukan pelaburan atau wang itu, harus juga diambil kira. Misalannya, seorang yang berusia 30 tahun menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan membeli rumah dan dia merancang untuk membeli rumah dalam masa setahun. Disebabkan jangka masa yang pendek, dia perlu berhati-hati dan melabur secara lebih konservatif kerana dia hanya ada sedikit masa untuk membetulkan pelaburannya sekiranya mengalami kerugian. Oleh kerana mempunyai matlamat jangka pendek, dia tidak boleh melabur dalam produk berisiko walau pun masih lama lagi masanya sebelum tiba tempoh bersara.

Sebagai pelabur bijak, penting bagi anda menimbangkan dan menentukan batas masa pelaburan anda sebelum melabur. Tetapi janganlah sampai ia tidak boleh diubah kerana batas masa yang dibuat perlu fleksibel supaya dapat disesuaikan dengan keadaan sekiranya pelaburan anda tidak bergerak sebagaimana yang dijangkakan. Dalam situasi ini, anda mesti sentiasa bersedia menukar batas masa pelaburan dan menentukannya mengikut kepentingan anda.

Thursday, March 17, 2011

Presiden PBNS mula 'naik angin'

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sudah tidak boleh berdiam diri lagi melihatkan prestasi skuad Hoben Hang Hoben sejak kebelakangan ini.

Justeru, beberapa keputusan drastik akan diambil oleh PBNS termasuk merombak, merehat, menggantung dan menyingkirkan mana-mana pegawai dan pemain yang gagal menunjukkan permainan yang diharapkan.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar kecil) berkata, beliau dan penyokong Negeri Sembilan sudah hilang sabar melihat persembahan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu yang semakin merudum.

“Saya dan seluruh penyokong juga sudah hilang sabar kerana kita ada ramai pemain berpotensi di setiap posisi.

“Satu tindakan drastik perlu diambil kerana ada yang tidak kena dengan pasukan ini.

“Kita sedang menilai dan mempertimbangkan individu mana yang harus dikenakan tindakan jika masalah ini terus berulang kerana mereka sudah bermain pada tahap profesional,” jelas Mohamad di Seremban semalam.

Mohamad berkata, pada pandangan peribadinya, pemain skuad Rusa dilihat kurang mendapat latihan yang mencukupi selain lemah dalam aspek taktikal.

“Mana tidaknya, kalau depan gol pun sepak bola ke atas, tanduk pun tidak masuk, nampak sangat mereka ini kurang latihan.

“Kalau belakang parang kita asah sekali pun boleh tajam, begitulah pemain. Kita kena asah dengan betul, barulah skil pun tajam,” tegasnya.

Mohamad turut melahirkan kekecewaan terhadap pemain yang dibayar gaji yang lumayan tetapi masih gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan.

“Kita bayar gaji mereka sampai RM17,000 hingga RM25,000, takkanlah cekak pinggang sahaja atas padang,” ujarnya.

Selaku Presiden PBNS, beliau telah mengeluarkan surat amaran kepada pemain dan pegawai termasuk Wan Jamak selepas skuad Rusa itu tersingkir dalam kempen Piala FA baru-baru ini.

Negeri Sembilan tersingkir daripada persaingan Piala FA musim ini selepas tewas 2-4 kepada Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti pada pusingan kedua, 4 Mac lalu.

Terbaru dalam saingan Liga Super pula, Negeri Sembilan tewas 1-2 kepada Sela- ngor di gelanggang sendiri.

Setakat ini, anak-anak buah Wan Jamak hanya berjaya mengumpul sembilan mata dalam enam perlawanan untuk berada pada kedudukan kesembilan liga

Tuesday, March 15, 2011

AGAMA:Syarat pakaian solat bersih, tutup aurat

Oleh Muhammad Asyraf

2011/03/15
Penggunaan telekung, berkain pelikat, baju Melayu kebiasaan bagi masyarakat Nusantara

ISLAM mudah dan tidak menyulitkan umatnya. Malah ia meraikan semua bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada pandang nilai yang sama. Kehidupan kini jauh berbeza. Perubahan zaman dengan kehidupan lebih pantas dan luas membuatkan beberapa isu budaya perlu diubah. Masyarakat terutama wanita dilihat lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat terikat dengan budaya lampau. Pemakaian telekung adalah struktur keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ia amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadat. Ulama Melayu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadat umat ketika itu. Pemilihan telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dan bentuk badan. Ini bersesuaian dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat seperti dalam surah al-A’raaf ayat 31 bermaksud : “Hai anak Adam, pakailah perhiasan kamu (pakaian) yang indah di setiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Friday, February 4, 2011

Penyakit suatu ujian, nikmat untuk tingkat kesabaran

2011/02/03

APABILA seseorang itu ditimpa penyakit, kesakitan yang menghinggapi tubuh badannya pasti menyebabkan dia berasa tidak selesa, lemah dan hilang selera makan. Kebebasan seseorang untuk melakukan aktiviti harian turut terbatas disebabkan sesetengah jenis penyakit. Tidak hairan sekiranya kebanyakan manusia memiliki tanggapan negatif mengenai sakit dan ramai yang mengeluh mengenai nasibnya apabila kesihatan terganggu. Tidak ramai yang memandang penyakit yang ditanggung seseorang itu satu nikmat serta anugerah Allah kepada hamba-Nya.

Ditimpa penyakit antara bentuk ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya agar dapat dikenal pasti siapakah di kalangan hamba-Nya yang sabar ketika ditimpa musibah. Sebagai mukmin yang sejati, seseorang itu tidak hanya merasa gembira dan bersyukur kepada Allah ketika dikurniakan kesenangan dalam kehidupannya tetapi dia juga perlu reda dan bersabar saat ditimpa apa jua musibah, termasuk ketika ditimpa penyakit. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya. Justeru, sifat sabar ketika ditimpa apa jua jenis penyakit antara ciri golongan beriman dan kesabaran itu akan mendatangkan kebaikan berupa ganjaran yang baik daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat dalam apa jua keadaan hidupnya.
Antara ganjaran yang besar kepada mereka ditimpa penyakit adalah penghapusan yang dilakukannya dahulu. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahannya seperti daun pohon yang berguguran.” Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya.
Bagi mereka yang bersabar ketika kesihatan terganggu nescaya akan dicatat sebagai satu amalan mulia yang berhak mendapat pahala besar dan darjatnya di sisi Allah SWT akan ditingkatkan. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya saja, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya dengan penyakit itu, akan dicatatkan baginya satu kebaikan dan diangkat darjatnya. Hadis riwayat Imam Thabarani
Dengan penghapusan dosa serta ganjaran pahala bagi mereka yang reda dengan ujian Allah, maka tentu sekali sifat sabar ketika ditimpa penyakit ini antara faktor yang dapat memudahkan seseorang itu memasuki syurga di akhirat kelak dan menjauhkan seseorang itu daripada tercampak ke neraka jahanam. Abu Hurairah pernah bersama Rasulullah SAW menziarahi seorang yang sedang menderita penyakit demam. Rasulullah lalu bersabda kepada pesakit berkenaan: “Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah pernah berfirman yang bermaksud: “Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini agar dia dapat selamat daripada api neraka pada hari akhirat nanti.” Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya.

Kebanyakan manusia lalai daripada mengingati Allah SWT ketika berada dalam keadaan sihat dan senang. Namun apabila ditimpa ujian ia sering menyedarkan manusia akan nikmat yang sudah Allah berikan kepadanya sebelum ini ketika sihat. Ia juga dapat menyedarkan seseorang mengenai betapa lemah dirinya yang tidak mampu menahan musibah itu berbanding keagungan Allah SWT yang berkuasa sepenuhnya ke atas hamba-Nya.
Apabila seseorang jatuh sakit ia turut dapat menyedarkan seseorang itu segala perbuatan maksiat yang dilakukan sebelum ini kerana seperti yang kita sedia maklum setiap ujian atau musibah itu terbit daripada kesilapan yang telah kita lakukan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apa musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahanmu)”. Surah Asy-Syura, ayat 30.

Menerusi firman-Nya yang lain ALLAH SWT menyatakan musibah yang ditimpakan kepada hamba-Nya dapat berfungsi untuk menimbulkan keinsafan dalam jiwa setiap insan dan ini dapat membantunya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami berikan ujian kepada mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).” Al-A’raf : 168

Ibnu Jarir ketika menafsirkan ayat di atas berkata: “Kami akan menguji mereka berupa kelapangan dalam hidup, kemewahan di dunia, keluasan dan kelapangan rezeki. Semua itu adalah kenikmatan yang baik seperti disebutkan dalam firman Allah di atas, sedangkan maksud hal yang buruk adalah kesempitan dan kesengsaraan dalam hidup, musibah dan kekurangan harta. Yang dimaksudkan dengan firman Allah agar mereka kembali (kepada kebenaran) adalah supaya mereka kembali kepada ketaatan kepada Rabb mereka, bertaubat kepada-Nya dan bertaubat daripada segala perilaku kemaksiatan yang dilakukan terhadap-Nya.”



Nuffnang Add

My Son

My Son